Perubahan etnik semasa pemerintahan Uthmaniyyah Hungary_Uthmaniyyah

Akibat daripada peperangan yang berlanjutan selama 150 tahun antara negeri-negeri Kristian dan Uthmaniyyah, pertambahan penduduk terbantut, dan jaringan penempatan etnik zaman pertengahan di Hungary dengan penduduk bandar borjuis hancur. Komposisi etnik di wilayah yang terletak dalam Kerajaan Beraja Hungary Zaman Pertengahan berubah melalui pengusiran dan pembunuhan beramai-ramai, oleh itu jumlah etnik Hungary pada akhir zaman pendudukan Uthmaniyyah berkurang dengan ketara.[11]

Kejatuhan ekonomi di Buda, ibu negara semasa penaklukan Uthmaniyyah dicirikan melalui genangan populasi, populasi penduduk Buda tidak bertambah pada tahun 1686, berbanding populasi di kota ini dua kurun sebelumnya pada kurun ke-15.[12] Uthmaniyyah membiarkan tempat diraja Hungary terbiar.[13] Istana pusaka yang besar ini diubah menjadi tempat penyimpanan serbuk api dan peluru oleh Uthmaniyyah,[14] yang menyebabkannya diletupkan semasa pengepungan pada tahun 1686. Penduduk Kristian Hungary menguncup dengan ketara pada dekad-dekad seterusnya, di sebabkan mereka melarikan diri ke wilayah Hungary Diraja di bawah pemerintahan Habsburg. Jumlah penduduk Yahudi dan Gipsi menjadi dominan semasa pemerintahan Uthmaniyyah di Buda.[15]

Liga Suci menawan Buda selepas lama dikepung pada tahun 1686

Berdasarkan kepada anggaran moden, nisbah orang Hungary di Lembangan Carpathia adalah sekitar 80% pada akhir kurun ke-15, sementara penduduk bukan Hungary tidak lebih daripada 20% hingga 25% daripada jumlah penduduk.[16][17][18][19] Populasi Hungary mula menurun pada masa penaklukan Uthmaniyyah,[16][17] Kejatuhan jumlah populasi Hungary di sebabkan perang yang berpanjangan, serbuan Uthmaniyyah, kebuluran dan wabak sepanjang 150 tahun pemerintahan Uthmaniyyah.[16][17][20] Zon-zon perang utama adalah wilayah yang didiami oleh orang Hungary, oleh itu kadar jumlah korban di pihak mereka lebih pantas berbanding warganegara lain.[16][20]

Terdapat tiga bahagian di Hungary; Habsburg Hungary, Hungary Uthmaniyyah dan Transylvania, mengalami hanya sedikit perbezaan dalam pertambahan penduduk pada kurun ke-17.[21] Berdasarkan pada data yang dibuat dalam kebanyakan kajian pihak berkuasa, jumlah penduduk daripada kesemua tiga buah wilayah meningkat daripada 3.5 juta penduduk menjelang kurun ke-16 kepada 4 juta penduduk menjelang kurun ke-17.[21] Pertambahan ini sebelum penghijrahan ke dalam wilayah Hungary daripada wilayah-wilayah lain di empayar Habsburg.[22] Perang Habsburg-Uthmaniyyah pada kurun ke-17 yang berlaku sekali sekala memberi kesan pada penduduk yang mendiami wilayah yang sempit ini.[21] Oleh itu, masa perang di Hungary dilihat tidak memberi kesan besar pada kadar kematian dalam kalangan penduduk awam.[21]

Populasi penduduk Hungary pada akhir kurun ke-16 di Hungary Uthmaniyyah adalah 900,000, di Habsburg Hungary adalah 1,800,000 dan 'bebas' (Transylvania) Hungary adalah 800,000, menjadikan sejumlah 3,500,000 orang penduduk di seluruh Hungary.[22]

Perkembangan penduduk di Hungary Uthmaniyyah semasa kurun ke-17 meningkat sangat sedikit: daripada 900,000 ke sekitar 1,000,000 orang penduduk, satu kadar pertumbuhan yang hampir sama di Hungary Diraja dan Transylvania.[22]